Gambir Sarawak (nama saintifik: Uncaria Gambir) ialah
sejenis tumbuhan yang dihasilkan dari getah kayu pokok gambir yang banyak
terdapat di dalam hutan Negeri Sarawak, Malaysia. Ia juga dikenali dengan nama
Born, Gambier, Borneo Cat's claw, Una de Gato dan Kerangas. Ia diperolehi di
dalam hutan tebal di kawasan pendalaman di bahagian Long Panai, Marudi,
Sarawak.
Keberkesanan gambir Sarawak memang telah diketahui berabad
lamanya khususnya bagi penduduk-penduduk di Negeri Sarawak. Penggunaan gambir
secara meluas telah menular ke semua negeri di Semenanjung Malaysia malah ke
beberapa negara jiran seperti Indonesia, Brunei dan Singapura. Kesan dari
penggunaan telah terbukti memberikan hasil yang luar biasa dan lebih murah
berbanding ubat moden yang menelan belanja yang tinggi.
Habbatus Sauda (tulisan Jawi: الحبة
السوداء),[2] juga
dikenali sebagai Jintan hitam. Nama saintifik: Nigella sativa ialah sejenis
tumbuhan berbunga (magnoliphyta atau angiosperm) secara tahunan yang tumbuh
secara asliya di bahagian selatan dan barat daya benua Asia. Ia mempunyai
ketinggian berukuran 20–30 cm (7.9–11.8 in), manakala struktur daunnya yang
halus, lurus (tetapi tidak berbentuk seperti jarum). Bunganya pula berstruktur
halus, biasanya berwarna putih dan biru pucat dengan 5 hingga 10 kelopak.
Buahnya pula bersaiz besar dalam bentuk kapsul yang mengandungi tiga hingga
tujuh folikel berpadu, setiap satunya mengandungi beberapa butiran hitam yang
digunakan sebagai rempah ratus dan bahan perubatan.
Bijirin Habbatus Sauda juga diproses atau dikisar sehingga
mengeluarkan minyaknya dan diminum untuk kesihatan atau perubatan tradisional
lebih dikenali sebagai minyak habbatus sauda yang meluas digunakan untuk
merawat kencing manis secara tradisional dan terdapat juga dimasukkan ke dalam
kapsul.
Lintah ialah haiwan anelid yang merangkumi subkelas
Hirudinea. Terdapat pelbagai jenis lintah air tawar, air laut dan daratan.
Seperti golongan Oligochaeta, lintah menampakkan anggota klitelum (bahagian
kelenjar yang membengkak pada kulit anelid, misalnya cacing tanah, yang
merembes kokun dan bahan nutrien untuk embrio.). Lintah merupakan haiwan
hermafrodit (mempunyai kedua-dua organ jantan dan betina) seperti cacing.
Sesetengah jenis lintah mempunyai kegunaan dalam perubatan
menghisap darah sejak ribuan tahun dahulu, tetapi kebanyakan lintah tidak
menghisap darah. Lintah penghisap darah berhinggap pada perumahnya sehingga
kenyang, selepas itu turun untuk menghadam makanan. Badan lintah terdiri
daripada 34 segmen. Penghisap anterior (mulut) terbentuk pada enam segmen
terhadapan badannya, yang digunakan untuk beraput pada perumah, sambil
mengeluarkan bendalir bius agar perumah tidak merasa hinggapan lintah. Lintah
mengeluarkan campuran mukus dan lekapan dari otot-otot sepusat di keenam-enam
segmen tersebut agar terus berpaut dan merembeskan enzim pencegah pembekuan
darah dalam sistem darah perumah.
Minyak zaitun atau adalah minyak yang didapat dari buah
zaitun (Olea europaea), pokok tradisional dari lembah Mediterranean. Minyak
zaitun berasal dari pokok zaitun yang tumbuh lambat, mempunyai batang berkedut
dan kelabu ramping dengan cabang pecah-pecah. Pokok zaitun boleh tumbuh
sehingga 50 meter di habitat semula jadi mereka dan hidup selama lebih daripada
500 tahun. Buah ini mempunyai bentuk bulat gemuk dengan warna hijau apabila
mentah dan berubah menjadi kekuning-kuningan apabila sudah mula memasak. Minyak
dapat digunakan untuk memasak, kosmetik, ubat herba, dan sabun, dan juga
sebagai bahan bakar untuk lampu minyak. Manfaat minyak zaitun sangat banyak
bagi kesihatan kerana mengandungi lemak tak tepu yang tinggi (terutamanya asid
oleik dan polifenol).
Tongkat ali atau juga dikenali sebagai pasak bumi adalah
sejenis tanaman saka yang terdapat di hutan Malaysia dan Indonesia. Nama
botaninya ialah Eurycoma longifolia daripada famili Simaraubaceae. Tongkat ali
juga dikenali sebagai penawar pahit, bedara pahit, bedara putih, bedara merah,
hempedu pahit, payung ali, tongkat baginda, muntah bumi, petala bumi, akar
jangat semang, tongkat rasul, dan setunjang bumi.[1]
Tongkat ali merupakan sejenis tumbuhan yang dikatakan
mempunyai bahan bagi membantu lelaki yang menghadapi masalah syahwat.
Tongkat ali boleh mencapai ketinggian sehingga 10 meter di
dalam rimbunan hutan tanah rendah. Biasanya, daunnya rimbun pada hujung batang.
Kebanyakan pokok ini tidak bercabang. Jikapun bercabang, ia terlalu sedikit,
iaitu satu atau dua cabang sahaja. Bunganya tersusun padat pada tangkai yang
bercabang keluar dari pangkal daun.
Gamat merujuk kepada sejenis haiwan yang hidup di dasar laut
di dalam kelas Holothuroidea. Ia tidak mempunyai anggota yang menjulur keluar
dan lebih berbentuk timun. Oleh itu, ia juga dikenali sebagai timun laut di
sesetengah tempat.
Gamat juga dijadikan sebagai minyak ubat, disebabkan
ketahanannya yang mampu hidup walaupun dipotong dua, oleh itu dijadikan ubat
bagi merawat luka dan untuk cepat sembuh selepas pembedahan dalam perubatan
Melayu.
No comments:
Post a Comment